![]() |
| Pengasas KarlJhue Enterprise |
PENGENALAN
KarlJhue Enterprise
Segala Pujian bagi ALLAH S.W.T. Tuhan semestar alam dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi MUHAMMAD S.A.W, Ahli Keluarga, Sahabat-Sahabat r' Anhum dan sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ihklas hingga ke hari Kiamat.Syukur kami kepada ALLAH S.W.T, kerana dengan Taufiq dan Hidayah-Nya, mengizinkan kami membina satu Empayar untuk kami teruskan usaha kami dalam membangunkan diri kami dan masyarakat setempat.
KJe @ KARLJHUE ENTERPRISE[CA 0191821-A] adalah syarikat yang telah beroperasi dari 2012 sehingga ke hari ini(Nov' 2014) dan sememang telah di daftarkan di bawah SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA(SSM) mengikut peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Pengasas dan orang yang menjadi tulang belakang kepada KJe adalah WAN JUWAIRIAH BINTI WAN NAWANG dan KAMARUBAHARIN BIN ABDULLAH.
Bermula dengan perkhidmatan URUTAN TRADISIONAL,Kami mengorak langkah seterusnya dengan memperkenalkan satu lagi perkhidmatan kami iaitu UKIRAN BUAH DAN HIDANGAN PENGANTIN.Di teruskan lagi cabang kami kepada perkhidmatan BAIKPULIH DAN SERVICE LAPTOP.Kami juga berjinak-jinak di dalam industri pemakanan dan bergabung dengan salah sebuah syarikat penyediaan roti dan kek MAKCU dengan menjadi pengedarnya yang sah.Kami beroperasi di sekitar bandar CHUKAI/KEMAMAN, TERENGGANU.ONLINE juga menjadi pilihan kami di dalam mengembangkan lagi usaha kami.Di bawah ini,kami selitkan sedikit sebanyak maklumat tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan dan jalankan.
Jhue UrutanTradisional
![]() |
| klik gambar untuk terus ke blog Urutan Tradisional |
Urutan Tradisonal Melayu sememangnya mengjanjikan keselesaan dan mengembalikan kesegaran kepada pelanggan kami.WAN JUWAIRIAH BINTI WAN NAWANG selaku pengasas KJe sendiri yang menjadi Tukang Urut perempuan.Antara Perkhidmatan yang Istimewa adalah URUTAN SELURUH BADAN dan URUTAN BERSALIN.Kami menawarkan pakej-pakej istimewa untuk ibu sebelum dan selepas bersalin.Antaranya URUTAN IBU BERSALIN/BERTUNGKU DAN SEBAGAINYA
Kami juga memberi keutamaan kepada lain-lain masalah yang di hadapi.Seperti masalah TERSELIUH ANGOTA BADAN, PEMASALAHAN KETIKA MENGANDUNG,MEMBASUH URI, PENJAGAAN IBU DAN BAYI KETIKA DI DALAM PANTANG dan lain-lain.Beroperasi Secara ONCALL/ONLINE dan perkhidmatan kami bergerak terus ke rumah pelanggan bagi memberikan satu keselesaan ketika mengurut dan pasti menjimatkan masa pelanggan kami yang sememangnya sibuk.
<............................>
TEMPAHAN MAKAN BERADAP/UKIRAN BUAH
![]() |
| klik gambar untuk terus ke blog karljuecarve'z |
Tempahan Ukiran Buah-buahan dan Hidangan untuk Pengantin.Majlis makan beradap sememangnya menjadi satu kemestian di dalam sesebuah majlis perkahwinan.Setiap pasangan pengantin pasti inginkan satu kemeriahan dan kelainan di majlis beliau.Di Sekitar Bandar CHUKAI/KEMAMAN juga tidak terkecuali.Jesteru itu, dengan kepakaran kami di dalam bidang masakan dan ukiran buah,kami ingin sekali memeriahkan dan memberikan pelanggan kami suatu impak yang berlainan di majlis beliau.Dengan keaslian dan keunikan buah yang terukir nama pasangan pengantin dan ukiran-ukiran lain,pasti men-gah-kan lagi majlis pelanggan kami.Begitu juga dengan hidangan yang semestinya enak dan cantik terhidang dimeja makan beradap.keserian dan kepuasan hati jelas dapat kami lihat di wajah-wajah pelanggan kami.itulah ke inginan kami di dalam membantu pelanggan kami.Kami juga menyediakan pelbagai jenis pakej istimewa dimana pelanggan kami dapat untuk menilai dan memilih mengikut kehendak dan baget mereka.
Kami juga ingin mengatur langkah bagi mengembangkan seni UKIRAN BUAH ini dimana ianya tidak tertumpu kepada majlis kahwin sahaja.Bagi yang ingin menglangsungkan majlis harijadi contohnya,Pelanggan boleh menempah UKIRAN BUAH bertemakan nama Syarikat mahupun individu.Juga kami senansedia mengambil tempahan untuk lain-lain juadah seperti ROTI CANAI,ROTI JALA,MEE KARI dan sebagainya.
<............................>
IMBATECH
![]() |
| klik gambar untuk terus ke blog IMBATECH |
Satu lagi cabang terbaru dari KJe.Perkhidmatan BAIKPULIH , SERVICE LAPTOP
dan WEBSITE DESIGN.Kami yang masih baru di dalam menguasi dunia cyber ini tidak melepaskan peluang di dalam membantu masyarakat setempat.Perkhidmatan mencari masalah yang pelanggan hadapi sememang percuma dan kami tidak akan mengenakan apa-apa cas sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk tidak membaikinya.Kami faham akan kos-kos yang harus di keluarkan bukan nya sedikit dan mungkin ianya tidak berbaloi untuk di baiki.Jesteru itu,Kami ingin membantu di dalam mengurangkan kos baikpulih.Di samping Khidmat nasihat di dalam pengjagaan laptop,Kami akan cuba mencari 'Sparepart' TERMURAH bagi membantu pelanggan kami.REFORMAT WINDOW,SOFTWARE INSTALLER adalah salah satu service yang biasa kami berikan.Kami juga menyediakan perkhidmatan mencipta WEBSITE yg tidak berbayar mahupun yang berbayar.






